Sebelum ni pernah gagal dalam rumahtangga, Shila Amzah akui tak rasa malu pernah berpisah

PERNAH¬†gagal dalam rumah tangga sebelum ini, penyanyi Shila Amzah tidak pernah berasa malu apabila gagal mempertahankan perkahwinan pertamanya. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, sebaliknya dia percaya keputusan berpisah adalah terbaik buat dia dan anak lelakinya. “Saya tak malu sebab saya buat perkara yang betul untuk diri dan anak saya. “Setiap keputusan kita perlu lakukan dengan bangga bukan penyesalan,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu selepas menerima pertanyaan pengikutnya di Instastory miliknya pada Rabu. Individu berkenaan meluahkan hasrat ingin bercerai dengan suaminya namun bimbang akan menanggung perasaan malu yang bakal dihadapi. “Kak Sha, saya nak berpisah dengan suami tapi risau malu. Awak malu tak masa berpisah?” soalnya. Dalam pada itu, Shila berpendapat seseorang lebih mengetahui apa terbaik ketika membuat sebarang keputusan berbanding orang lain.

Tambahnya, perasaan malu itu perlu dibuang sekiranya memiliki suami yang tidak bertanggungjawab. “Saya tahu apa yang terbaik untuk saya berbanding orang lain. Kalau awak isteri yang hebat tapi suami awak adalah kaki crng, dera mental dan fizikal atau tak bertanggungjawab tak payah malu,” kongsinya. Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan pada 2022.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. Pada 5 Ogos tahun lalu, Shila bertemu jodoh dengan personaliti media sosial Ubai dan penyanyi berkenaan baru sahaja bersalin anak perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *