Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan terdapat seorang individu yang tidak dikenali telah menyatakan hasratnya untuk memikat bekas isterinya itu. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red dan Adira dilihat sedang mempromosikan produk minuman sambil berinteraksi dengan pengikut mereka. Pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu itu kemudian membongkarkan bahawa dia ada menerima mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Difahamkan individu berkenaan mahu memikat pelantun lagu Ombak Rindu tersebut. “Ini bukan nak mengaibkan orang tu, tidak. Tak tahu mana orang tu dapat nombor telefon aku, dia ingatkan Adira. Dia nak bikin cerita cinta tapi yang kau hantar dekat aku. Saya tak cemburu pun, saya tunjuk dekat Adira. Nak balas romantik-romantik dia tak nak.” Klik sini untuk lihat video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pendedahan Datuk Red tersebut namun dalam masa yang sama mereka menasihati Adira agar lebih berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali. “Ya Allah, lucu la. Yang pergi chat Datuk Red kenapa. Dia saja nak tengok Datuk Red cemburu ke tak. Apa-apa pun Adira kena sentiasa berhati-hati. Semoga Allah sentiasa melindungi Adira.”
Sekadar info, Datuk Red melepaskan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.