Teruk kena kritik dengan warganet, Didi Astillah tampil jelaskan cerita sebenar

TUMPANG bengang dengan berita palsu membabitkan kakaknya, adik Bella Astillah menyangkal dakwaan pelakon dan penyanyi itu sudah berbaik dengan Aliff Aziz. Sebagai orang terdekat, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, berkata kakaknya sudah lama tidak berhubung dengan Aliff. “Saya pun nak mengamuk bila nampak artikel itu kata berbaik… suka hati saja.

“Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak! Nak berbaik macam mana? Memang nak pisah!,” katanya. Didi berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Isnin. Kata Didi, dia tidak pasti bagaimana berita palsu tersebut boleh tersebar sehingga kakaknya menerima pelbagai kritikan. Jelasnya, dia juga mengetahui mengenai perkara tersebut daripada rakan-rakan yang menghantar potongan artikel berkenaan kepadanya.

“Saya tak tahu siapa buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia. Mungkin ada pihak-pihak yang buat cerita macam itu. Sebab sudah ramai komen dan hantar. Mula saya ingat nak biarkan tapi bila sudah ramai sangat saya jadi macam geram pula,” ujarnya. Dalam pada itu, Didi juga meminta agar warganet berhenti mengecam Bella selain tinggalkan komen positif buat kakaknya.

“Kalau berbaik saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya akan jadi wakil warganet… jangan risau. Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu dan kritik bella komen balik dan beritahu berita itu tak betul,” jelasnya. Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sudah berbaik dengan Aliff.

Khabar tersebut tercetus ekoran kes perpisahan Bella yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun ditunda pada 13 Jun ini. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun. Bella memfailkan untuk berpisah terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khlwt dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *