Hampir setahun dah rujuk semula, Diana Danielle luah rasa syukur sebab hubungan dengan suami lebih baik

HAMPIR setahun memilih untuk rujuk semula, pelakon Diana Danielle memberitahu kehidupannya dan suami iaitu Farid Kamil kini lebih baik berbanding sebelumnya. Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, dia bersyukur fasa sulit sebelum ini membuatkan suaminya lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga. “Alhamdulillah hampir setahun nampaknya banyak yang positif dan anak-anak juga baik sebab kami baik dalam komunikasi serta bertolak ansur malah kehidupan di rumah pun nampaknya tidak lagi mencabar.

Bila ada komunikasi dan perancangan bersama jadi kami ada rasa sehaluan malah kalau ada apa-apa masalah kami cuba selesaikan bersama. Bila seseorang tu pernah rasa kehilangan jadi akan lebih kerja keras atau peka dan ingin tahu terhadap pasangan, macam Farid sekarang dia lebih masa dengan keluarga, selalu akan ambil berat fasal saya tanya pergi mana dan balik kerja bila,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.