Hafiz Suip anggap diri sudah tak relevan, ini pula nasihat dari Adira Suhaimi

Penyanyi Adira Suhaimi berharap agar rakan sekerjayanya, Hafiz Suip terus bangkit mengharungi cabaran sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air. Menerusi laporan Harian Metro, Adira mengulas perkara itu selepas penyanyi lagu Awan Nano itu menganggap dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik. Menurut Adira, dia juga pernah melalui fasa jatuh bangun dalam industri, namun dia berharap agar Hafiz tidak berputus asa untuk menyerlahkan bakat yang dimilikinya.

“Saya doakan yang terbaik buatnya dan minta dia bangkit semula sebab dia ada ‘talent’ (bakat) yang bukan semua orang ada. Ada masa kita juga berasa ‘down’. Mungkin Hafiz tengah ‘down’ ketika keluarkan kenyataan itu. Saya percaya dia masih lagi mahu berada dalam industri muzik dan perlukan sokongan daripada semua terutama rakan-rakan,” katanya.

Tambah Adira, fasa itu adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh semua artis memandangkan terdapat banyak bakat baru yang menceburi bidang tersebut. Saya sendiri pernah melalui fasa turun naik itu kerana kemunculan ramai artis baru yang jauh lebih muda dan memiliki pakej lengkap dari segi paras rupa yang kacak dan cantik. Artis perlu kuat dan terus bertahan dengan segalanya untuk kekal berada dalam industri muzik. Kalau sudah masuk bidang nyanyian memang susah nak undur semula,” jelasnya.

Sementara itu, Adira juga sempat berkongsi tentang kondisi terkini Hafiz ketika membuat persembahan duet dengannya di Singapura, dua bulan lalu “Saya tengok Hafiz okay saja. Saya juga ada bertanya mengenai badannya yang kurus dan dia beritahu kerana masalah slip disc (kesakitan tulang belakang) yang dihadapi. Hafiz beritahu dia tidak boleh melebihi berat badan yang ditetapkan supaya masalah yang dihadapi itu tidak teruk. Kulitnya gelap juga kerana dia suka memancing,” katanya.

Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik ketika membalas pertanyaan peminat di media sosial yang merindukan zaman kegemilangannya dulu. Namun, rata-rata peminatnya tidak bersetuju kerana Hafiz mempunyai vokal yang sangat hebat. Susulan itu, Hafiz juga didakwa menghilangkan diri selepas menyahaktif akaun Instagram miliknya, sebelum ini.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *