Bersyukur sebab visa dah diluluskan, Hafiz Mahamad buat kejutan hantar pekerja tunaikan haji

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad buat kejutan dengan menghadiahkan seorang staf menunaikan ibadah Haji pada 12 Jun ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Hafiz menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, hari ini. Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan dia terlebih dahulu sudah menyampaikan hasrat tersebut pada Februari lalu.

Namun, terpaksa merahsiakan ia daripada orang ramai kerana masih belum mengetahui keputusan sama ada visa menunaikan ibadah Haji dapat diluluskan atau sebaliknya. Dia bagaimanapun memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada salah seorang staf kerana telah setia bersama bisnes yang diusahakannya bersama isteri, Syafiqah Aina. “Saya nak berterima kasih kepada abang kerana bersama Ainaa sepanjang tujuh tahun ini. Dia kata dia tak daftar haji dan kos menunaikan haji mahal,” kongsi Hafiz Mahamad. Klik sini untuk lihat video.

Terbaharu, Hafiz memaklumkan visa pekerjanya untuk menunaikan ibadah haji telah diluluskan dan bakal berlepas ke sana tidak lama lagi. Maklum Hafiz, semua kos menunaikan ibadah haji itu ditanggung sepenuhnya dan didaftarkan di bawah agensi swasta. “Dia hanya bekerja di stor. Waktu saya bekerja dulu, saya selalu fikir. Adakah mereka yang berpangkat sahaja layak menerima kelebihan ini. Ya Allah, terima kasih tunjukkan pada kami yang ‘rezeki itu luas’ dan tak mengira pangkat,”luahnya.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia juga mempunyai cita-cita untuk menghantar semua pekerjanya untuk menunaikan haji seorang demi seorang selepas membawa mereka menunaikan umrah. Dia juga meluahkan rasa syukur dan berterima kaish kepada semua orang kerana sentiasa mempercayai  dan menjadi sebahagian daripada produk miliknya bersama isteri. “Tiada kamu, tiadalah kenangan kenangan manis ini terbina,” kata Hafiz.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *