Baru baru ni kembali aktif di laman ig, Ibu Aliff Aziz dedah terima banyak mesej berbaur makian dan cacian dari warganet

SEJAK┬ákembali aktif di Instagram, ibu pelakon Aliff Aziz mendedahkan menerima ratusan mesej berbaur makian dan cacian daripada pengikutnya. Siti Hafiza bagaimanapun tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut malah memilih menghapus dan menyekat individu yang menghantar mesej berkenaan. “Setiap hari saya terima beratus-ratus mesej berbaur kebencian daripada cyber troopers tegar.

Alhamdulillah saya tak baca, terus tekan block dan padam. Kesian sebab mereka bersungguh-sungguh menulis maki hamun mereka, pasti penatkan?,” katanya. Hafiza menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Sebelum ini, Hafiza menarik perhatian ramai apabila mengaktifkan semula akaun Isntagram miliknya selepas kes perpisahan di antara anaknya, Aliff dan Bella Astillah selesai.

Dalam pada itu, Hafiza menyifatkan pihak yang menulis cacian terhadap dia dan keluarganya sebagai ‘lembu yang dicucuk hidung’ memandangkan mereka tidak tahu kebenaran. “Tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tidak tahu. Mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung. Mereka sangat menghiraukan kami sebab itu mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk kami,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Hafiza memuat naik tangkap layar memaparkan mesej positif dari seorang individu yang mendoakan kesejahteraan dia dan keluarga. Menurutnya, dia terkejut kerana masih ada lagi yang mampu berfikir secara waras dan menghantar kata-kata yang baik buat dia dan keluarga. “Terbaca DM sister ini, Allahuakbar ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal waras untuk berfikir dan menjaga adab,” katanya. Pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bella memfailkan permohonan pisah secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhlwt dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun. Pasangan ini juga pernah berpisah pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.