Ibu hamil mengadu nasib terpaksa beratur lama masa beli makanan, sekali ini pula komen warganet

WANITA yang sedang berbadan dua biasanya mudah penat dan akan mengelak daripada melakukan aktiviti menggunakan banyak tenaga. Di TikTok, seorang wanita hamil meraih perhatian ramai apabila mengadu tentang nasibnya ketika membeli makanan di sebuah gerai. Dakwa wanita itu, dia tidak dipedulikan oleh orang sekeliling dan terpaksa beratur sama seperti pelanggan lain meskipun dirinya sarat hamil.

“POV: Kamu sebagai wanita mengandung di Malaysia. Langsung tiada budi bahasa,” ujarnya pada keterangan video. Menurut wanita itu lagi, apa yang berlaku terhadap dirinya adalah satu fakta dan dia berharap situasi itu dapat diubah di Malaysia. “Juga tiada simpati. Saya pastinya akan dibenarkan potong barisan atau diberi kerusi untuk duduk jika di luar negara. Saya sayang Malaysia.

“Sakit pinggang akak tau. Orang Malaysia terasa? Ini adalah hakikat yang menyakitkan. Maaflah saya tak patut cakap semua rakyat Malaysia. Sebenarnya hanya orang tertentu kat sini. Tapi kalau terasa, pasti korang ada sesuatu untuk diperbaiki. Wanita yang hamil adalah insan istimewa,” ujarnya.

Berdasarkan keterangan pada video, kejadian itu berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan. Menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet yang kurang setuju dengan pengadu memandangkan tiada sesiapa yang memaksanya untuk beratur. “Tak ada orang lain yang boleh beratur ke? Mana suami? “Laaa… dia yang hamil, orang lain pula kena fikir? “Muhasabah diri. Lepas ni minta suami yang belikan kalau mengidam,” pesan beberapa netizen.

Beberapa wanita yang pernah berbadan dua turut berkongsi pandangan mereka tentang apa yang disuarakan wanita itu. “Waktu aku mengandung, suami suruh aku duduk. Biar dia beratur beli makanan. Bukan apa sebenarnya kak. Antara suami nak (buat) dengan tak nak, itu je.” “Entahlah. Sekarang aku mengandung lapan bulan. Tapi tak pernah harap orang buat baik.” “Saya masa hamil, suami selalu bawa kerusi camping ke mana-mana. Kalau pergi mall, dia ambilkan kerusi roda,” ujar beberapa wanita lain.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *