Guna duit royalti sebagai modal, Ina Naim akui tunai hasrat Suhaimi Saad untuk buka kedai dobi

Balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tunai hasrat arwah suami untuk membuka kedai dobi di kampung, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Pemilik nama Nordiana Mohd. Naim,40, berkata, perkara itu merupakan impian arwah suaminya untuk menyediakan perkhidmatan dobi sejak 2009 lagi. Dia bagaimanapun meluahkan rasa kesal apabila ada individu memerli dirinya membeli mesin basuh untuk membasuh pakaian. Klik sini untuk lihat video.

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana. Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung,” katanya dalam satu siaran langsung (live) dalam TikTok. Tambah Ina, dia menggunakan duit royalti Allahyarham Suhaimi yang diterima sebagai modal untuk membuka perniagaan tersebut.

Malah, dia juga bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang tidak putus terutama pada musim hujan. “Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang. “Saya membuka dobi ini selepas arwah pergi menghadap illahi, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan. Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.

Selain itu, Ina juga berkongsi arwah suaminya pernah memberitahu dirinya mimpikan beberapa selebriti yang sudah pergi menghadap illahi seperti Allahyarhamah Siti Sarah dan Sharifah Aini. Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Suhaimi Saad pergi menghadap illahi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November tahun lalu.

Jnzh yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara. Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *