Setelah sekian lama menyepi, terkejut bila Mondy Tattoo tiba tiba dedah kini sedang hamil 8 bulan

SELEPAS agak lama menyepikan diri, pempengaruh media sosial kontroversi Indonesia Mondy Tattoo mengejutkan pengikutnya apabila mendedahkan dia sedang sarat hamil lapan bulan. Bagaimanapun perkongsian dibuat Mondy di TikTok miliknya mengundang pelbagai reaksi apabila tanpa segan silu mendedahkan dia hamil tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami. “Hamil tanpa suami itu tidak mudah,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Mondy turut berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengusap perutnya yang semakin besar. Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Mondy menyifatkan lelaki yang sudah menghamilkannya sebagai individu tidak bertanggungjawab dan tidak layak bergelar bapa. “Harus kuat ya Mon (Mondy). Hamil tanpa suami, lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak pantas untuk dipanggil ayah,” ujarnya.

Bagaimanapun ramai keliru dengan kenyataan tergantung dibuat Mondy sama ada dia sudah berkahwin atau pun hamil anak luar nikah. Ini kerana Mondy tidak pernah memberitahu dia sudah berkahwin atau dilepaskan ketika hamil. Namun ramai meluahkan rasa kesal jika benar personaliti media sosial itu hamil anak luar nikah memandangkan sebelum ini kecoh kisah penghijrahannya. “Hamil tanpa suami itu maksudnya apa? Macam mana boleh hamil tanpa suami?”

“Mana pula pergi suaminya? Eh, bila pula dia berkahwin? Dilepaskan ketika hamil ke? “Kenapa boleh hamil luar nikah? Bukan ke Mondy sudah insaf dan berhijrah?,” soal warganet. Nama Mondy mula dikenali netizen di Malaysia selepas menerima bantuan daripada aktivis berpewatakan alim ketika kunjungannya ke Indonesia pada 2023. Kisah kehidupannya sebagai gelandangan mengundang rasa simpati ramai.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.