Pelakon Rita Rudaini memberitahu ciri-ciri calon-calon menantu perempuan yang direstuinya. Menerusi perkongsian di TikTok, Rita berkata, dia tidak suka dengan calon menantu yang terlalu berkongsi dan menunjukkan wajah di media sosial. “Saya cakap tengok mommy. ‘Nanti kalau awak buat tak tentu hala dekat perempuan, siap’ saya cakap. Tapi bagi mommy tengok tau kalau ada siapa-siapa mommy kena scan. Klik sini untuk lihat video.
Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlampau (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget. Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu.”
Menurutnya, dia bimbang akan tanggungjawab yang bakal dipikul anak lelakinya sebagai seorang suami kelak. “Sebab anak saya lelaki tanggungjawab dia berat saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga. Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. Geram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta.
Sekadar info, Rita mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.