Banyak ikut wajah Ubai, Shila Amzah kongsikan wajah anak perempuan lepas genap sebulan dilahirkan

Penyanyi, Shila Amzah akhirnya berkongsi wajah anak perempuannya, Rhea Akira selepas puterinya untuk mencecah usia sebulan. Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubaidillah Mz ini berkongsi foto demikian menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. “Assalamualaikum aunty and uncle. Hari ini genap @rheaakiraa sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya,” tulisnya. Dalam perkongsian sama, Shila berkongsi dua foto, pertama wajah terkini anaknya ketika berat hampir 4 kilogram (kg) dan gambar kedua saat Rhea baru dilahirkan.

Kata Shila, anaknya itu banyak mengikut wajah Ubai namun dagu puteri tercintanya itu tidak saling tumpah sepertinya. “Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah, gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg. Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama,” tulisnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet turut memuji wajah Rhea yang begitu comel. Sekadar info, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang baru dilahirkan pada 9 Mei lalu. Pelantun lagu Memori Tercipta ini juga mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, 5 tahun hasil daripada perkahwinan terdahulu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *