Belum terbuka hati nak cari pengganti, Amelia Christie akui bukan mudah nak move on lepas dah berpisah

PERNAH mengalami kegagalan dalam percintaan, pelakon Amelia Christie belum terbuka hati mencari pengganti. Amelia atau Amelia Christie, 24, sebaliknya berada dalam fasa gembira dengan kehidupan solo malah tidak berminat menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Tidak, saya tidak mempunyai teman lelaki dan saya tidak berminat. Sekarang saya single dan tak berminat menjalinkan hubungan,” katanya. Amelia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Amelia memberitahu tidak mudah dia meneruskan kehidupan selepas hubungan cintanya sebelum ini tidak menjadi. Kata Amelia, dia terpaksa mengambil masa lama untuk memulihkan hatinya kerana sukar mengawal emosi selepas berpisah.

“Meneruskan kehidupan mengambil masa dan melakukannya secara mendadak membuatkan lebih sukar. Tiada tempoh tertentu untuk melupakan selepas berpisah dan ia terpulang kepada diri masing-masing. Lakukan mengikut rentak sendiri dan jangan biarkan orang lain tentukan bila perlu ‘move on. Hati sendiri, anda tahu apa yang terbaik,” jelasnya. Tambahnya, pelbagai perasaan yang wujud selepas berpisah adalah perkara biasa kerana manusia bukan robot yang boleh melupakan sesuatu perkara begitu sahaja.

Pun begitu, Amelia berkata, jangan cuba sesekali mempersoalkan sesuatu kejadian yang sudah ada noktah. “Kadang-kadang rasa gembira, rasa nak menangis dan kadang-kadang juga rasa rindu. Rasanya normal, kita bukannya robot boleh lupa macam itu sahaja. Kalau Allah dah cakap titik, jangan ubah jadi tanda tanya. Doa saja yang terbaik untuk yang di sana, Insya-Allah yang baik-baik saja untuk kita juga. Amin,” ujarnya.

Sebelum ini, Amelia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad namun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan sedang bercinta. Sharnaaz juga enggan memberi sebarang komen berkaitan hal tersebut susulan dia dan Amelia saling ‘unfollow’ di Instagram. Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia kekal baik selain ingin memberi fokus kepada karier dan anak lelaki tunggalnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *