Teruk kena kritik sebab rendam sotong dalam tong sampah, peniaga tampil mengaku salah dan dah beli tong baru

Peniaga nasi lemak yang tular gara-gara menggunakan tong sampah hitam untuk merendam sotong tampil memohon maaf atas kesilapannya dalam mengendalikan makanan, baru baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peniaga terbabit di laman TikToknya, dia akui kesilapannya dan sudah membeli bekas simpanan baharu bagi mengikut standard piawaian keselamatan makanan di kedai plastik berhampiran kawasan perniagaannya.

Dalam perkongsian itu juga, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sudah memberi nasihat dan akan mengambil iktibar selepas tindakannya itu tular di media sosial. “Saya dah beli tong baharu, yang ini clear punya. Saya harap ini food grade lah lepas ini. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tengok video saya sebelum ini andai bahasa kurang elok untuk korang dengar.

“Terima kasih yang beri nasihat, saya ambil benda itu sebagai iktibar kepada diri saya untuk terus maju ke hadapan, dah jadi viral ni tak tahu buat apa dah. Saya harap lepas ini ada yang support saya berniaga. Saya akan perbaiki lagi mana yang tak elok itu,” ujarnya. Ditanya mengenai kursus pengendalian makanan, pemuda itu berkata sudah mendapat sijil tersebut malah mempunyai diploma dalam hotel dan pengurusan. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulilah puan, saya ada ambil sijil pengendalian makanan dan diploma hotel and management, mungkin saya terlepas pandang bab ni. Saya minta maaf video-video sebelum ini yang mengguris hati semua pihak, maaf sekali lagi,” katanya lagi. Terdahulu, tular di laman sosial apabila peniaga nasi lemak yang merendam sotong di dalam tong sampah untuk dimasak dan dijual. Meskipun sudah ditegur warganet, namun jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut agak mengecewakan dan perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan jalankan siasatan berkaitan isu itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *