Terkini peguam yang mawakili ibu bapa arwah Zayn Rayyan tarik diri bermula hari ini

SUSULAN penahanan ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dan keterangan bekas pengasuh serta dua individu, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan pengesahan peguam keluarga tersebut yang tiba-tiba menarik diri. Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co yang sebelum ini lantang meminta warga maya untuk tidak membuat spekulasi tentang penahanan tersebut dilaporkan membuat penarikan secara drastik bermula Selasa atas faktor-faktor tertentu.

Pada Jumaat lalu, pasangan terbabit ditahan di Puncak Alam, Selangor mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan jenyh bnh. Majistret Azura Mohd Saad memerintahkan tahanan reman dibuat sehingga 7 Jun. Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemukan pergi menghadap illahi di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai. Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *