Wanita terpaksa kerja kuat sebab besarkan anak seorang diri, sekali kakak ipar selamba je baru bersalin guna barang anak tanpa izin

BUKANNYA mudah bergelar ibu tunggal! Mereka perlu membesarkan anak, meneruskan kelangsungan hidup tanpa suami dan dalam masa sama perlu menjaga emosi sendiri. Dikurniakan seorang cahaya mata yang dibesarkan secara sendirian, segala hal berkaitan anak termasuklah barang kepunyaannya dirasakan begitu berharga buat seorang ibu tunggal. Begitulah yang dilalui oleh wanita berusia 29 tahun ini, yang membesarkan sendiri anaknya selepas berpisah ketika sedang sarat hamil.

Menurutnya, punca perpisahan disebabkan sikap bekas suami yang tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin. “Anak aku berusia empat tahun. Dari anak aku dalam perut sampai sekarang ni, semua hujung rambut sampai kaki aku sediakan seorang,” katanya. Menerusi satu luahan di laman X, katanya, isu timbul apabila abangnya menimang anak sulung dan segala kelengkapan bayi yang baru lahir itu diambil daripadanya.

“Pada mulanya aku hanya bagi barang-barang yang memang niat nak sedekah untuk anak dia. Tapi sekarang sampaikan termos air panas anak aku pun dia ‘rembat’,” katanya. Menurut wanita itu lagi, dia kini tinggal bersama ibu bapanya sekali gus menyebabkan barang-barang miliknya lebih mudah diambil dan digunakan. Walaupun bersaudara, katanya, ia bukan ‘lampu hijau’ untuk sesiapa mengambil barang-barang yang disimpan di dalam kotak tanpa kebenaran.

“Baju-baju anak aku yang aku simpan dalam kotak, dari lahir sehingga usia sembilan bulan pun dirembat. Aku tengok isteri dia dah up status anak dia pakai baju-baju anak aku,” ujarnya. Bukan kedekut atau berkira, tetapi dia mempersoalkan tindakan abang serta kakak iparnya yang masing-masing bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Malah, dia juga mempunyai alasan tersendiri mengapa semua barang anaknya disimpan di dalam kotak dan tidak diserah atau dikongsikan kepada anak saudara.

“Suami isteri kerja badan beruniform. Nak kata tak berduit, kerja kerajaan. Aku kerja swasta je, aku bukan berkira tapi barang-barang anak simpan elok-elok sebab ada nilai sentimental. Bila aku suarakan dekat mak ayah, mereka cakap aku berkira. Sedih aku tengok barang-barang anak aku kena ‘lenjan. Lepas tu nampak aku yang buruk sebab berkira dengan adik-beradik. Padahal aku susah payah beli kelengkapan anak dari awal mengandung sampai la anak tu dah besar,” katanya yang terkilan dilabelkan sebagai berkira.

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib wanita itu, dan pada masa sama masing-masing berkongsi pandangan yang berbeza. “Ada nilai sentimental atau tidak, itu masih barang-barang dia. Sekurang-kurangnya dapatkan kebenaran sebagai budi bahasa.” “Miskinnya abang kau sampai baju yang sepasang RM10-RM15 pun dirembat. Tak malu langsung. Dah la anak pertama, lagi merembat barang anak buah.”

“Kasihan, dah la suami tak bertanggungjawab, jadi dia kena kerja keras sediakan semua benda untuk anak. Sudah tentu barang-barang tu ada nilai pada dia dan hak dia nak simpan. Adik-beradik atau tidak, tak reti minta izin dulu ke?” “Kalau dia kata ada nilai sentimental, respek keputusan dia. Macam mana boleh ambil selagi pemiliknya belum bagi betul-betul, belum keluar dari mulutnya reda dan rela. Benda yang tak reda jangan main-main,” demikian antara komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *