Penyakit ain memang wujud, Wany Hasrita ambil langkah berhati hati sebelum kongsi pasal anak di media sosial

PENYANYI Wany Hasrita mengambil langkah berhati-hati dalam berkongsi sebarang foto atau video anaknya di media sosial kerana bimbang dengan penyakit ain. Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana pernah merasai sendiri kesan apabila terlebih berkongsi mereka anaknya di media sosial. “Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu lagi. Kalau rasa sudah terlalu banyak, saya akan berhenti sekejap.

“Penyakit ain memang wujud. Saya tidak menidakkan perkara itu dan adakalanya apabila terlalu banyak berkongsi, anak akan mula meragam. Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila memuat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya. Wany bagaimanapun bersyukur apabila anaknya iaitu Aishah Al Iman, 2, tidak menjadi mngs kritikan warganet bermulut jahat.

“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini. Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” katanya. Dalam pada itu, Wany mendedahkan dia pernah menjadi bahan umpatan yang menyamakan wajahnya dengan haiwan.

Namun dia memilih untuk tidak melayani perkara tersebut kerana menanggap ia sebagai lumrah sebagai seorang selebriti. “Kita memang tak boleh nak kawal apa mereka nak komen tetapi sebagai pengguna media sosial kita sendiri harus kawal perkongsian atau kawal diri jika terima mesej negatif sebegitu.

“Kita anggap mereka tidak sihat dari aspek kesihatan mental. Kalau ikut hati memang geram sebab saya sendiri pun pernah dihina apabila disamakan seperti ‘khinzir’. Pernah tengok wajah dicermin untuk memeriksa kata-kata warganet. Tapi itulah lumrah apabila menjadi tontonan umum,” ujarnya. Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 2022.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *