Muat naik gambar dengan anak, sekali ramai pulak yang usik nak jadi menantu Siti Nordiana

Anak kepada pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie yang semakin menganjak dewasa telah menyorot perhatian warganet. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkongsi beberapa keping foto bersama anak tunggalnya yang berusia 16 tahun itu. Momen-momen tersebut dirakam semasa pelantun lagu Memori Berkasih itu sedang menikmati percutian bersama Rayyan di Jepun baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

“Tokyo trip with anak bujang.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji wajah kacak Rayyan saling tidak tumpah seperti arwah bapanya yang juga seorang pelakon iaitu Allahyarham Faizal Yusup. Dalam nada berseloroh, warganet juga mengusik penyanyi berusia 39 tahun itu dengan mengatakan bahawa mereka mahu menjadi menantunya. “Maaf mama, lambat baru settle mop laut.” “Maaf mama, baru balik surau ni ada kuliah zohor.” “Rayyan tak penat ke jadi handsome? Single lagi tak?”

“Rayyan muka arwah Faizal sungguh, kalau dewasa nanti mesti copy ori ayah dia. Alhamdulillah sweet je anak beranak ni.” Untuk info, Nana dan arwah Faizal mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun disahkan berpisah pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Allahyarham Faizal pergi menghadap illahi akibat serangan jantung. Sumber: OhBulan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *