Masih belum jumpa pengganti lepas dah berpisah, Datin Red hanya mampu doakan kebahagian untuk Adira dan bekas suami

DI SEBALIK berita gembira terjalinnya semula hubungan Datuk Seri Adnan Abu bersama penyanyi Adira Suhaimi, ramai pula yang tertanya-tanya mengenai perasaan dan hati bekas isteri pertama usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Datin Red. Menjawab persoalan warganet itu, Datin Red atau Sharifah Norshafila Hashim, 38, berkata dia berada dalam keadaan baik dan mahu memulakan hidup baharu selepas sah berpisah pada Mei lalu. “Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja dan saya mohon doa semua semoga saya dapat bangkit dan kuat.

Saya nak mulakan kehidupan yang baru,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Sharifah turut memberitahu dia masih belum bertemu dengan mana-mana pengganti. Malah, dia juga enggan mengulas spekulasi kononnya bekas suaminya itu juga ada memujuk dirinya untuk kembali bersama semasa tempoh idah. “Saya tiada siapa-siapa… sekarang hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak sahaja,” katanya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Sharifah berkata perjalanan hidupnya tidak banyak berubah selepas berpisah dengan Adnan. Dia bagaimanapun kini sedang berjinak-jinak menjalani perniagaan jamu bagi menampung kehidupannya. “Hidup saya sama sahaja cuma yang beza tiada suami. Produk saya pun baru sahaja dikeluarkan. Saya masih belajar dan perlukan sokongan ramai,” kongsinya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama, Adnan, 46, memberitahu dia kini dalam proses kembali menjalinkan hubungan serius dengan Adira. Adnan berkata dia juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada hari raya Aidilfitri tahun depan. Sharifah berkahwin dengan Adnan pada tahun 2005 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata.

Sementara dengan Adira pula dia dikurniakan empat orang anak hasil hidup bersama selama sembilan tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.