Cik B luah rasa kecewa bila dapat tahu kawan baik sendiri tergamak ambik pakaian dia yang berharga RM8k

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa apabila mempunyai seorang kawan yang mengambil kesempatan terhadap kemewahan yang dimilikinya. Menerusi podcast Bukak Mulut! Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen mendedahkan bahawa sebelum ini dia mempunyai teman rapat yang disifatkan sebagai seorang rakan yang baik.

Sangkaan Cik B meleset apabila rakannya itu bertindak mencri barang peribadinya ketika mereka berada di rumah. “Saya ada seorang kawan, dia memang baik sangat..cara dia bercakap dan gayanya semua baik. Dia duduk di Kuala Lumpur tapi saya selalu ajak dia balik Ipoh, boleh lepak. Tapi satu hari saya rasa tak puas hati dengan dia, bila dengan dia saya rasa panas. Kemudian saya saja nak ‘prank’ dia. Saya mesej dia, ‘aku tahu kau buat apa, bagitahu apa yang kau buat’.

Lepas itu dia balas, ‘saya minta maaf sebab mencuri hoodie Balenciaga, losyen..mencuri itu dan ini’. Jadi bila dia ada di rumah Cik B, dia mengambil barang yang saya sendiri tak perasan. Patut saya rasa tak sedap hati.” Menurut gadis berusia 19 tahun itu, pakaian berjenama mewah yang dicuri oleh rakannya tersebut bernilai ribuan ribu ringgit. “Satu hoodie je dalam RM8,000. Saya ni kalau barang hilang saya tak perasan, kalau tak tanya dia saya akan ingat baju tu hilang dekat rumah je.

Saya ingatkan dia hanya bercakap-cakap belakang, rupanya dia ambil barang saya.” Kesal dengan perbuatan tersebut, Cik B bertindak memutuskan hubungan persahabatan mereka selepas hilang kepercayaan terhadap rakannya. “Sejak itu, kepercayaan saya dah tak ada sebab saya rasa hanya dia yang boleh jadi kawan saya tapi dia menggunakan saya. Hubungan kami dah habis begitu sahaja.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *