Tetap dengan pendirian tak mahu maafkan bekas pembantu peribadi, Aliff Syukri akui Melati minta maaf tak ikhlas

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak memaafkan bekas pembantu peribadinya iaitu Melati dan nekad mahu mengheret wanita itu ke pnjra atas fitnah yang dilakukan. Ini kerana Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia tidak nampak keikhlasan Melati dalam membuat permohonan maaf sebelum ini, malah merasakan tangisan wanita itu semasa mahkamah tempoh hari hanyalah lakonan semata-mata. “Dia bercakap tentang saya, keluarga dan keturunan saya. Perkara itu buatkan perniagaan saya jatuh sehingga rugi jutaan ringgit.”

Aliff tetap dengan pendirian tidak maafkan Melati. “Lepas itu minta nak berbaik, mak cik minta maaf pun tak ikhlas! Tengok balik video tu, saya tengok pun jijik! Ni masalah mulut yang tak reti jaga sehingga heret perkara itu ke mahkamah, tapi sebelum diisytiharkan kalah dia mega melwn! Apabila dah kalah pandai pula menangis,” katanya. Aliff meluahkan perkara itu ketika ditemui di Wisma D’Herbs, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

Menurut Aliff lagi, dia kecewa dengan sikap Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, yang membuka aibnya selepas berhenti kerja. “Pekerja saya bukan seorang atau dua tapi 1000 orang yang masuk dan berhenti. Syarikat besar yang lain pun ada pekerja berhenti. Kau dah berhenti tu sudahlah! Tak perlu nak burukkan bekas majikan, kau dah kerja dengan aku enam tahun, aku bagi kau zakat, pergi London dan tunaikan umrah. Pepatah Melayu ada berkata, jangan kita kutuk dan ludah pada makanan sendiri, saya ni malu bila dia aibkan saya, ” jelasnya.

Pada 27 Jun lalu, Melati ketika ditemu bual mStar berharap agar kes berkenaan dapat diselesaikan antara mereka tanpa melibatkan mahkamah. Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada tahun 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid pada Oktober 2023.

Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *