Tak kongsi perkembangan ketika mengerjakan Haji, ramai yang puji tindakan Amy Mastura

Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura luah rasa syukur apabila selesai menunaikan ibadah haji bersama keluarganya, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi yang berusia 53 tahun itu di laman Instagramnya, dia memohon maaf kerana tidak pernah berkongsi perkembangan ketika mengerjakan rukun Islam kelima tersebut kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat yang telah banyak membantu dan membimbingnya menyelesaikan ibadah tersebut. “Asalamualaikum salam jumaat semua, alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun islam yang kelima. Semoga Allah menerima ibadah ini.

Akak minta maaf tak update apa-apa masa akak di mekah. Akak nak ambik kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staff dan petugas Eiman Travel terutama ustaz Zawawi, ustaz Zulkifli, ustaz Wahairi, ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan,” katanya. Dalam pada itu, Amy akui pelbagai cabaran yang perlu dilalui sepanjang mengerjakan ibadah dan berharap Allah berkati serta kurniakan ibadah haji yang mabrur kepadanya.

Amy juga mendoakan agar orang ramai diberi peluang dan rezeki untuk menunaikan umrah atau haji kelak. “Dugaan memang banyak. Tapi Allah swt rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan Haji mabrur buat semua. Akak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat akak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah swt serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Amy Mastura yang hanya berkongsi berita tersebut selepas selesai menunaikan haji dan secara tidak langsung dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah. Ramai juga meluahkan rasa syukur Amy Mastura dan sekeluarga selamat tiba di tanah air dan mendoakan mereka dikurniakan haji yang mabrur.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *