Abby Abadi muat naik video badan dah kurus, sekali komen Norman Hakim pula yang jadi perhatian warganet

Pelakon Abby Abadi berkongsi sepotong video memaparkan penampilan terkininya yang sudah semakin kurus. Bersyukur dengan perubahan yang dilakukan, Abby berkata dia berazam untuk mengurangkan lagi berat badan selain sudah ‘insaf’ berbadan besar. “Lama dah tak ada gambar manis kita kan? Ini yang terkini, meraikan kemenangan berjaya kurus sikit.

Nak teruskan usaha lagi, doakan tau. Tak nak dobok (gemuk) dah. Insaf! Tengok gambar dua tiga bulan lepas, buruk rasa. Nanti saya kongsi lagi ya.” Perkongsian tersebut turut menyorot perhatian bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim yang meninggalkan komen mengatakan dia terkejut melihat perubahan bekas isterinya. “Pergh! Buat la live lepas ini mesti letup sales nyah!”. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.