TIADA lagi cerita kontroversi membabitkan dirinya namun pelakon Sophia Albarakbah mendedahkan dia masih lagi dibli warganet di media sosial. Malah sehingga kini Sophia, 31, berkata dia masih tercari-cari silap dirinya kerana warganet masih tidak berhenti menyerangnya. “Sampai sekarang masih lagi berlaku (dibli) tidak kiralah saya buat salah ke tidak, orang tetap bli saya tanpa tahu apa sebabnya.
Mungkin saya dilihat seperti kuat tapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam tapi saya masih mencuba sehabis baik untuk tidak terlalu terkesan dengan pembuli. Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya. Menurut pelakon yang terkenal dengan drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu memberitahu dia pernah mengalami tekanan sehingga perlu mendapatkan rawatan.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana memiliki rakan dan keluarga yang sentiasa memberi semangat dan bahu ketika berdepan dengan kejadian itu. Malah dia juga kini lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya dan enggan kerap membaca komen negatif sehingga menganggu emosinya. “Saya pernah down tapi Alhamdulillah saya ada keluarga dan rakan-rakan yang menjadi pendengar dan tempat luahan.
Kerana terlalu tertekan saya pernah pergi berjumpa terapi tetapi saya suka kerja jadi saya paksa diri untuk terus kuat,” katanya lagi. Dalam pada itu, Sophia menitip pesan agar warganet mempunyai rasa empati sebelum menulis sesuatu komen. Katanya, setiap perkataan yang ditinggalkan akan memberi kesan yang buruk kepada emosi dan mental seseorang. “Saya tak tahu kenapa mereka bertindak seperti itu sebab dengki ke tapi apa-apa pun alasan harapnya mereka berhenti kerana ia bukan sesuatu yang baik.
Buli bukan perkara yang kecil ia sesuatu yang serius sebab ia membawa kepada emosi dan kesihatan mental. Kalau orang mental tak kuat ia akan beri kesan yang buruk. Boleh jadi akan tertekan dan bunuh diri,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.