72 tahun hidup bersama, warga emas menangis bila isteri tercinta pergi menghadap illahi

Seorang warga emas menangis apabila isteri tercinta pergi menghadap illahi selepas 72 tahun hidup bersama sehingga meruntun hati warganet di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Irni Ismail, dapat dilihat warga emas tersebut tidak dapat menahan kesedihan ketika proses pengebumian isterinya yang dijemput illahi pada 17 Julai lalu. Klik sini untuk lihat video.

Dalam perkongsian tersebut, Irni yang dipercayai cucu kepada warga emas tersebut tidak mendedahkan punca pemergian neneknya itu namun, berharap datuknya terus tabah menghadapi ujian hidup. “Nini Laki (atuk) 92 tahun, kehilangan isteri tercinta pasangan hidupnya Nini Bini (nenek) yang berusia 90 tahun pada hari Rabu, 11 Muharram 1446H/ 17 Julai 2024.

Mereka telah hidup bersama selama 72 tahun, semoga Nini Laki tabah menghadapi dugaan dan diberi kekuatan serta kesabaran melalui baki kehidupan selepas ini. Al Fatihah untuk seluruh indung-indung kitani (ibu bapa kami) yang telah kembali ke rahmatullah,” katanya yang dipercayai berasal dari Brunei. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati terhadap warga emas tersebut yang kehilangan insan tercinta setelah melalui pelbagai suka duka bersama.

Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga arwah dan berharap arwah ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.