Hutang wajib dibayar, Puteri Sarah Liyana dedah dah selesaikan hutang PTPTN

Advertisements
Advertisements

Tak semua orang ada peluang nak sambung belajar dengan duit sendiri, sebab tu lah adanya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk bantu pelajar yang memerlukan. Tapi lepas habis belajar, hutang tu jangan lupa bayar pula tau! Contohnya macam pelakon popular, Puteri Sarah Liyana yang sentiasa mengambil berat tentang pembayaran semula pinjaman PTPTN, beliau tak pernah culas dan sekarang berjaya langsaikan pinjaman tanpa sebarang tunggakan.

Sejurus mula bekerja selepas tamat pengajian dalam bidang Pengurusan Hotel di UiTM Shah Alam, Puteri Sarah terus bayar pinjaman PTPTN sebanyak RM15,000! Memang tak ada lengah-lengah, terus selesaikan! “Sebaik tamat pengajian dan mula bekerja, saya mula membuat pembayaran. Kini, semuanya sudah selesai dan saya juga bersyukur kerana tiada sebarang tunggakan,” katanya.

Haa.. Kalau semua peminjam PTPTN ada kesedaran macam ni, bantuan pinjaman pendidikan dapat diteruskan untuk generasi akan datang. Puteri Sarah turut pesan kepada semua peminjam PTPTN supaya jangan ambil ringan soal bayaran balik. Sebab kalau ramai yang culas bayar, pelajar lain mungkin tak dapat peluang yang sama nanti. “Pinjaman atau hutang wajib dibayar. Ia adalah tanggungjawab kita. Sekiranya kita tidak membuat pembayaran, ia akan memberi kesan kepada pelajar generasi akan datang,” sambungnya lagi.

Selain bayar balik pinjaman, Puteri Sarah juga ingatkan pelajar supaya bijak uruskan duit pinjaman PTPTN. Jangan sampai tersilap guna untuk perkara tak penting macam beli gajet mahal atau makan di restoran mewah. “Pinjaman PTPTN ini untuk pelajar gunakan dengan sebaik mungkin untuk pengajian mereka. Kalau boleh, tolong buat pembayaran pinjaman seperti ditetapkan selepas selesai pengajian.”

Lagipun sekarang, PTPTN dah mudahkan urusan bayaran balik, siap ada banyak saluran perkhidmatan untuk bayar mengikut kemampuan masing-masing tau. Jadi, tak ada alasan untuk kita lari daripada tanggungjawab.

Kalau korang ada pinjaman PTPTN, gunakan dengan bijak dan jangan lupa bayar balik. Jadilah peminjam yang bertanggungjawab supaya lebih ramai pelajar boleh dapat manfaat yang sama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *