Wanita bernama Dewi sekali lagi mencuri perhatian selepas memberi bayangan seolah-olah bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Emira Delyati Dewi itu berkongsi gambar sedang melakukan fitting terakhir dipercayai di sebuah butik. Perkongsian dua gambar yang dimuat naik dalam versi black and white bersama kapsyen ‘final fitting‘ itu mengukuhkan lagi bukti bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jofliam juga memuat naik foto seorang wanita sedang memakai busana pengantin beberapa hari lalu. Terdahulu, tular kad majlis pernikahan bekas suami Cik Epal bersama Dewi di media sosial. Menerusi kad itu, tertera tarikh majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 5 April depan. Imbas kembali, Dewi didakwa merupakan wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga Jofliam dengan bekas isteri, Cik Epal.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.