BERSELERA menikmati hidangan makanan merupakan antara perubahan karakter ditunjukan Bella Astillah sepanjang Ramadan kali ini. Perkara itu didedahkan oleh adiknya iaitu Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, yang turut memaklumkan Bella sangat bersemangat dan bertenaga setiap hari meskipun sibuk dengan urusan kerja. “Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Bella sangat berbeza. Sekarang ini Bella sudah ada selera makan, dia makan banyak semasa berbuka.
Walaupun dia sedang sibuk, tetapi tetap sentiasa bersemangat dan bertenaga. Semasa mendaki gunung dan pergi ke laut pun, dia sangat lain. Sangat gembira dan bertenaga,” katanya ketika ditemui di butik Primavalet, Bangi. Dalam masa sama, Didi juga memaklumkan bahawa setiap dialog mahupun reaksi yang Bella dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq tunjukkan ketika sesi penggambaran baju raya jenama Primavalet itu bukanlah mengikut skrip.
“Sebenarnya apa yang anda semua lihat, itu bukanlah ‘marketing’ sangat. Video yang dirakam itu semua adalah tanpa skrip. Itu yang buatkan mereka nampak lebih natural,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.