Isteri tiada kena mengena dengan isu daftar sekolah anak, Fizi Ali tegur Shakilla Khoriri

Advertisements
Advertisements

Penyampai radio, Fizi Ali tegur Shakilla Khoriri yang juga bekas isterinya ‘merentan’ di media sosial berhubung isu pendaftaran persekolahan dan individu yang mengaku sebagai penjaga utama anak mereka, Ameena Sofea. Menjawab dakwaan berkenaan, Fizi menegaskan bahawa isterinya, Siti Zulaikha tiada kena mengena dengan isu tersebut

Tidak mahu terus menjadi sasaran kritikan penyokong bekas isterinya, Fizi tampil mempertahankan diri dan meminta Shakilla berhenti membuat kenyataan terbuka. “Yang fasal sekolah, apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana (Shakilla) cakap semua korang percaya.

Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang buli dia macam-macam. Mak tiri baik layan anak tiri baik korang kecam, mak tiri dera anak dia korang kecam, korang nak macam mana lagi,”tulisnya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Semalam, Shakilla meluahkan rasa marah apabila seorang individu didakwa mengaku sebagai penjaga utama anak perempuannya. Menurut Shakilla, perkara itu terbongkar selepas individu berkenaan cuba mendaftarkan persekolahan Ameena secara diam-diam tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berjaya kerana dokumen yang diperlukan untuk urusan pendaftaran tidak lengkap.

Perkara itu dikongsi Shakilla menerusi hantaran di Instagram semalam, berserta beberapa borang dan dokumen sebagai bukti. Berkongsi lebih lanjut, Shakilla menjelaskan bahawa dia dan penjaga lain tidak pernah membincangkan hal tersebut, kecuali berkaitan urusan mengambil Ameena. Selain itu, dia juga mendakwa dirinya dilarang menghubungi anaknya setiap kali tiba giliran individu berkenaan untuk menjaga Ameena.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *