Pelakon popular, Puteri Sarah pinjamkan bodyguard yang kerap mengawasinya dan anak-anak dalam urusan seharian untuk menemani rakan baiknya, Bella Astillah ke Istana Kehakiman, Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Puteri Sarah pinjamkan ‘bodyguard’ kepada Bella Astillah. Memetik laporan dari Berita Harian, Puteri Sarah menyatakan bahawa langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan Bella sepanjang berada di sana bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu. Klik sini untuk lihat video.

“Iya, itu ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) saya dan anak-anak. Walau bagaimanapun, Puteri Sarah enggan menjelaskan lebih lanjut berkenaan perkara itu dan hanya mendoakan yang terbaik serta segala urusan dipermudahkan. Memang betul saya pinjamkan dia untuk temani Bella. Saya tidak mahu komen banyak-banyak, cukup jika kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan,” katanya.
Puteri Sarah pinjamkan
Tugas bodyguard untuk awasi diri dan anak-anak juga
Jelasnya lagi, peranan pengawal peribadi tersebut bukan sahaja bertindak menjaga keselamatan dirinya dan anak-anak, tetapi juga berperanan sebagai pemandu serta pembantu peribadi. “Beliau ditugaskan menjaga saya dan anak-anak. Dia yang hantar saya pergi ‘shooting’ dan anak-anak ke sekolah. Sebelum ini, saya ada pembantu peribadi. Namun, dengan kes penculikan yang membimbangkan, saya ambil keputusan mengupah pengawal peribadi,” jelasnya.
Terdahulu, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat hadir ke Istana Mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq bagi mendengar keputusan berhubung rayuan terhadap sabitan dan hukuman dana ARMADA. Dia juga dilihat berada sama dengan keluarga ahli parlimen tersebut dan memaklumkan kepada media kehadirannya adalah sebagai bentuk sokongan kepada seorang sahabat.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.