KECEWA dengan masalah keluarga yang dihadapi, pelakon Abby Abadi mengakui berasa kesal dengan sikap bekas suami berhubung isu anak-anak mereka. Meskipun sudah berbelas tahun berpisah dengan pelakon Norman Hakim, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata masih banyak perkara yang tidak selesai. Kata Abby, dia tidak mahu membangkitkan isu tersebut kerana bimbang dituduh membuka aib keluarga.
“Perkara saling berkait, sebagai bekas isteri kepada… banyak perkara yang tidak selesai dan mengecewakan. Berbelas tahun sudah, ingatkan bila berbaik, hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai ibu kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara. Sebut nanti kata buka aib pula,” katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sudah melakukan banyak kesilapan sebelum ini termasuk terlalu berlembut dan mengalah dalam hal rumah tangga. “Terlalu banyak kesilapan yang saya buat, antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal. Relaks dan tenang sangat, rupanya untuk jangka masa panjang keadaan jadi diluar jangkaan,” ujarnya. Untuk rekod, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun. Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun pergi menghadap illahi selepas 70 hari menerima rawatan.
Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.