Tindakan pelakon Datin Intan Najuwa mengambil pembantu serta jururawat untuk menjaga anaknya telah membuatkan segelintir warganet kurang senang. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Intan bersama tiga orang pembantunya serta seorang jururawat sedang berada di sebuah hotel. Kehadiran pembantu dan jururawat tersebut dipercayai untuk memudahkan urusan menjaga puteri sulungnya, Imane Lunara. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang risau kehadiran mereka akan menjejaskan perhubungan antara ibu dan anak. “Mesti baby tu keliru mana satu mak dia.” Tidak berdiam diri, aktres berusia 27 tahun itu memberi respon terhadap komen berkenaan. “Alhamdulillah anak saya bijak, dia tahu mana satu mak dia. Saya dengan anak hampir 24 jam bersama, sebab saya korbankan karier dan tak bekerja untuk duduk di rumah bagi kasih sayang sepenuhnya untuk dia. Itu kalau tak rapat juga saya masukkan dia dalam perut balik.”
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu. Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Sumber:OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.