USAHAWAN Rozita Ibrahim lebih rela menelan tomahan orang ramai daripada menjaja aib tentang empat perkahwinannya yang berakhir dengan perpisahan. Rozita, 61, berkata dia memegang teguh dengan prisnip hidupnya iaitu menyimpan segala kesusahan hidup sendirian tanpa menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya. Katanya, cukuplah orang ramai sekadar mengetahui dirinya sudah berpisah daripada perkahwinan sebelum ini.
“Saya tak sanggup nak cerita keburukan bekas suami lama saya, kehidupan saya ini anak saya pun tak tahu. Memang saya kahwin cerai tapi sampai itu saja saya sanggup bercerita. Saya punya prinsip adalah saya yang melaluinya, anak saya tak perlu tahu dan saya tak akan cerita aib… Saya berazam saya nak mti jumpa tuhan tanpa hisab. Kalau nak mti tanpa hisab saya cuba lawan diri saya sendiri supaya tidak buka aib orang di sekeliling saya, tapi sekiranya anak nak cerita tentang aib saya ceritalah… Mereka tanggung nanti dekat sana (akhirat).
Kalau kisah saya sepanjang mereka masih kecil yang mereka tengok tapi mereka tak tahu intinya di dalam, nak buat apa cerita?,” luahnya menerusi siaran langsung di Instagram pada Ahad. Kata Rozita, dia sememangnya tidak berkongsi kesusahan dan dugaan yang dilalui bersama ahli keluarga kerana enggan menambah beban pada mereka. Menurut Rozita, hanya pembantu rumahnya menjadi saksi segala kesakitan yang dilalui selama ini.
“Sejak saya hidup senang ini, tak ada seorang anak saya tahu terperinci susah payah saya. Saya menangis sendiri dengan perangai semuanya, baik masalah perniagaan ke dalaman ke… Saya menangis ke sakit ke hanya pembantu rumah saja tahu. Jadi kalau korang ingat anak saya tahu semua benda, tak ada ! Sebab kalau saya cerita pada anak, dia orang pun tak boleh selesaikan masalah saya,” kongsinya.
Tambah Rozita, dia juga enggan meriah simpati orang ramai dengan menjaja hal peribadi kerana bimbang menjadi asbab tidak ke syurga. “Saya tak nak dapat simpati manusia, sanjungan manusia ke… nak ramai orang follow saya ke, atau saya nak lihat kalau saya mati nanti Allah tanya saya. Syurga neraka saya berjalan di sosial media. Lebih baik saya kalah sokongan dan sanjungan manusia, saya tak mati dek puji tak hina dek keji itu saya punya prinsip,” jelasnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini juga berharap anak-anak dan orang ramai menerima dirinya seadanya tanpa perlu membuka aib yang lama. “Anak saya sayang ke tak, staf sayang ke tak ke biar! Saya sudah biasa hidup seorang. Kalau anak lihat saya ini ibu yang baik, pekerja lihat sebagai majikan yang baik… Jadi terimalah saya seadanya.
Tak perlu saya cerita aib lama-lama. Saya tutup buku biar saya rasa sendiri. Kalau saya cerita aib lepas-lepas, saya kalah nak dapat syurga Allah,” katanya. Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwan sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan suami terdahulu. Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.