Terkejut dengan tindakan isteri memfailkan untuk berpisah, Edika Yusof akui tak pernah crang semasa dalam perkahwinan

Advertisements
Advertisements

TERKEJUT dengan tindakan isteri memfailkan perpisahan, pelakon Edika Yusof menegaskan dia tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinan mereka selama hampir 22 tahun.  Edika, 58, sebaliknya memberitahu dia sudah sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.  Malah kata aktor berkenaan, dia tidak tahu sekiranya ada kelakuannya dianggap kasar kerana menyifatkan keadaan isteri iaitu Nor Hidayah semakin sensitif sejak jatuh sakit. 

“Dalam rumah tangga kami ini, saya tidak berlaku curang dan saya lunaskan tanggungjawab sebagai suami.  Saya pun sebenarnya terperanjat dan tidak tahu isu apa yang membuatkan dia (isteri) mahu berpisah.  Saya tidak tahulah nak cakap melakukan keganasan atau tidak kerana bila orang tidak sihat ini kadang-kadang mereka jadi lebih sensitif,” katanya. Edika ketika ditemui di Majlis Muhibbah Sambutan Raya Aidilfitri Finas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Selasa. 

Dalam pada itu, Edika tidak menafikan mungkin Hidayah sudah memendam perasaannya sehingga membuatkan dia tidak sedar sekiranya ada melakukan kesilapan.  “Mungkin juga saya sebagai suami terlepas pandang sebab setelah sekian lama adakalanya saya sudah melayaninya seperti biasa (normal). Saya pun mungkin ada silap sama ada daripada percakapan yang disalah tafsir. Saya nampak dia lebih sensitif, susah nak bawa berbincang. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh bawa bergaduh. 

Mungkin perkara-perkara kecil yang berlaku sepanjang 19 tahun ini membuatkan dia hilang sabar. Selalunya saya ajak berbincang tetapi isteri saya ini suka pendam perasaan,” ujarnya. Bagaimanapun, pelakon Maria Mariana ini masih menyimpan hasrat menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri. Pun begitu, sekiranya Hidayah bertekad untuk terus berpisah, Edika memberitahu dia reda dan berjanji akan tetap menjaganya dengan baik. 

“Harapan saya kalau kami boleh berbaik semula dan berbincang, Alhamdulillah. Saya anggap ia sebagai hadiah hari lahir. Tapi kalau tidak, saya tetap mahu berkawan dengan isteri kerana kami ada anak-anak. Saya mahu kekalkan silaturahim itu dan tidak mahu bermusuh. Kalau tiada jodoh sebagai suami isteri, saya tetap akan menjaga dan mengambil berat dari jauh,” katanya. 

Pada 24 Mac lalu, Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan memiliki  dua orang cahaya mata iaitu Fareena Nurulhaq, dan Fardeen Ulhaq, 20.  Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Untuk rekod, Hidayah mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak 19 tahun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *