Dah anggap macam adik, Liza Abdullah kongsi peribadi Amira Othman sepanjang mengenali

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Liza Abdullah berkongsi peribadi Amira Othman sepanjang dia mengenali penyanyi itu. Menerusi siaran langsung di TikTok, Liza berkata, Amira seorang wanita yang merendah diri dan tidak sombong. “Saya sudah mengenali Amira lama, sebelum dia dikaitkan dengan Fattah Amin lagi. Saya sudah anggap dia sebagai seorang adik, sifatnya suka merendah diri. Klik sini untuk lihat video.

Memiliki rupa paras yang cantik, budi pekerti yang elok dan paling penting dia tidak sombong walaupun di mana dia berada. Kami selalu bertemu di majlis-majlis ilmu, majlis usrah, Amira memang sangat merendah diri.” Dalam pada itu, Liza turut mengulas mengenai hubungan Amira dan aktor, Fattah Amin yang saban hari menjadi bualan wargamaya. Kata pelakon berusia 60 tahun itu, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Amira dan Fattah selain turut menumpang gembira sekiranya mereka dijodohkan.

“Apabila sekarang dia dikaitkan dengan Fattah, saya sebagai kakak mendoakan yang terbaik untuknya. Lagi pula dia pun belum ada sesiapa lagi, masih solo. Dia selalu beritahu masih belum jodoh atau ‘boyfriend’, jadi kalau Allah jodohkan dia dengan Fattah, sama-samalah kita doakan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *