Perkongsian anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri perhatian apabila ramai yang berteka-teki mengenai status kehamilannya. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Marissa memuat naik foto dirinya yang mengenakan baju potongan longgar berona coklat sambil menitipkan ucapan Aidilfitri. “Selamat hari raya maaf zahir dan batin.”

Namun begitu, perkongsian Marissa itu menjadi tumpuan tajam beberapa netizen yang beranggapan pempengaruh berusia 20 tahun sedang hamil kerana bentuk badannya yang sedikit berisi. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa sudah melihat penampakan ‘baby bump’ pada Marissa. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan dibuat pihak Marissan mengenai dakwaan tersebut.
Terdahulu, meskipun tidak pernah meuar-uarkan kepada umum, Marissa dilaporkan kehilangan anak pertamanya yang dilahirkan secara pramatang selepas hanya enam bulan dalam kandungan pada Ogos tahun lalu. Untuk rekod, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.