Hanya ambil satu tawaran drama tahun ni, Mawar Rashid mahu fokus untuk besarkan anak anak

Advertisements
Advertisements

DRAMA Nikmat Yang Sesaat merupakan projek terakhir melibatkan pelakon Mawar Rashid pada tahun ini. Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, dia membuat keputusan itu kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya membesarkan anak-anak. “Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja. Saya juga berkemungkinan tidak lagi ambil sebarang tawaran untuk tahun ini lagi dan akan bersambung semula tahun depan. 

Bagi saya, anak sangat perlukan ibu bapa sewaktu kecil mereka dan saya mahu mereka membesar di depan mata saya. Saya punya tugas sekarang ini mahu melihat mereka membesar dengan baik,” katanya.  Mawar berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi fotografi drama Nikmat Yang Sesaat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.  Drama mengenai kehidupan ‘Sugar Baby’ itu turut dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Arash Mohamad dan Sherry Ibrahim. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *