Tak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh lagi, Nurul Shuhada akui hidup bahagia di Australia

Advertisements
Advertisements

BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak menolak sekiranya ditakdirkan dia bertemu jodoh lagi. Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 31, bagaimanapun enggan tergesa-gesa mencari pasangan hidup kerana kini bahagia dikelilingi insan tersayang termasuk keluarga dan sahabat baik.  “Saya ada keluarga, sahabat baik, rakan kerja, adik-beradik dan saya bersyukur Alhamdulillah. 

“Saya tidak ada rungutan sepanjang hidup di sini, ya Allah terima kasih. Di masa hadapan kalau Allah izinkan Umar dan Humairah dapat daddy yang Allah reda, pun Alhamdulillah tetapi kami tidak tergesa-gesa untuk ke arah itu (berkahwin semula),” katanya.  Shuhada berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan pengikut di Instagram yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini hidupnya. 

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu dia berasa senang melihat anak-anaknya iaitu Humairah dan Umar dapat menyesuaikan diri sepanjang berada di negara orang. Malah dia turut meluahkan rasa syukur masih ramai yang menyayangi dan mengambil berat tentang dua cahaya matanya itu. “Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Humairah dan Umar gembira. Mereka ada datuk dan nenek juga di sini (Australia). 

Mereka ada ramai makcik dan pakcik yang sayangkan mereka. Mereka ada kawan dan untuk saya pula, saya gembira apabila anak-anak saya bahagia,” ujarnya. Pada Ogos tahun lalu, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia difahamkan untuk menyambung pengajian di sebuah institusi pendidikan. Kata Shuhada, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain dan melihat tindakan dilakukan ini merupakan satu perjuangan untuk kebaikan.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *