Nak bersolek sikit tak boleh, Murid luah rasa malas nak pergi jamuan raya dekat sekolah sebab peraturan makin mengarut

Advertisements
Advertisements

Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri, sudah tentu sekolah akan menganjurkan jamuan raya  iaitu antara aktiviti yang diadakan dalam takwim sekolah. Jamuan raya di sekolah pastinya dinanti-nantikan para pelajar kerana ketika inilah dapat menikmati pelbagai juadah dan bermesraan sesama pelajar dan guru. Bagaimanapun, satu perkongsian seorang gadis yang meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan raya sekolah telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Dakwa murid tersebut, sekolahnya mengenakan peraturan tidak masuk akal sehinggakan dia berasa tidak begitu teruja untuk menghadiri jamuan raya itu. “Sekarang makin malas nak pergi jamuan raya di sekolah sebab peraturan sekolah makin lama makin mengarut. Kata nak happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl tak boleh pakai, phone tak boleh bawa, wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan,” luahnya.

Namun, luahan murid itu mendapat kritikan dalam kalangan warganet. Salah seorang pengguna TikTok menasihati murid tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekolah tanpa mengeluh. “Peraturan sekolah memang tidak pernah berubah. Salah jika tidak puas hati dengan peraturan sekolah. Belum ada lagi sekolah yang benarkan pelajar untuk bersolek kecuali pihak pentadbiran memberikan kebenaran sedemikian,” katanya.

Dia juga menyatakan pelajar masa kini sepatutnya berasa untung kerana mengikut pengalamannya semasa zaman persekolahan dahulu, hanya perlu memakai baju sekolah ketika jamuan raya. Meninjau ke ruangan komen, warganet juga meminta supaya mereka yang bergelar pelajar sepatutnya lebih fokus kepada juadah dan bukannya tentang penampilan diri melainkan ada aktiviti tambahan ketika majlis.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *