Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Syariah memutuskan hak penjagaan dua orang anak mereka diserahkan kepadanya. Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Shuhada menzahirkan penghargaan kepada pihak mahkamah atas keputusan tersebut yang disifatkannya sebagai rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah SWT.
“Terima kasih Ya Allah, terima kasih atas nikmat Mu yang tak henti-henti. Sesungguhnya janji Alla itu pasti, terima kasih kepada pihak penghakiman Mahkamah Syariah Malaysia,” tulisnya.
Pada masa sama, Shuhada turut menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarganya terutama ibu bapa atas doa yang tidak putus-putus untuk mempermudahkan tuntutan hadanah yang difailkan oleh bekas suaminya. Shuhada juga berjanji akan menjaga sebaiknya dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.
“Terima kasih kepada lawyers, terima kasih kepada mama abah, doa mama abah hari ni Shu menang kes Alhamdulillah. saya janji akan pengang amanah Allah ini dengan baik, corak hidup anak-anak saya dengan islam dan manners insyaAllah. Terima kasih kepada keluarga saya, sahabat dan semua yang mendoakan saya serta anak-anak,” tambahnya. Sekadar info, Hafidz telah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016 sebelum disahkan berpisah pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.