Pelakon Intan Najuwa berkongsi kisah lucu mengenai rambut anak perempuannya, Imané Lunara yang dipotong secara senyap-senyap oleh suaminya. Menerusi satu hantaran di platform Thread, Intan berkata kejadian berlaku ketika dia sedang sibuk memasak di dapur. Tanpa disedari, suaminya diam-diam menggunting rambut Lunara sehingga menjadi pendek dan tidak sekata.

“Episod minggu ini.. semasa saya sedang memasak di dapur. Bapanya senyap-senyap guntingkan rambut anak dia jadi kontot macam ni. Dia cakap, kesian Lunara telinga gatal rambut cucuk kat telinga,” tulisnya. Intan turut berkongsi beberapa keping gambar Lunara dengan gaya rambut terbaharu yang mencuit hati ramai. “Guys jadi kontot rambut anak dia kejekan. Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis,” katanya dalam kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut terhibur dan meninggalkan emoji ketawa serta tangisan kerana tidak dapat menahan lucu melihat gaya rambut Lunara yang comel itu. “Cutest! takpe Datin, lepas 2 minggu rambut babygal panjang balik yay.” “Baguslah. Bapanya pandai guntingkan rambut. Nanti tak payahlah susah nak bawa gi salun. Baby tak kisah rambut kontot pun tetap comel.”
“Hahahahahaha sian Lunaraaaaa,” komen beberapa netizen. Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.