Dakwa bekas isteri halang bawa anak bercuti ke luar negara, percutian Jofliam ke Koh Lipe terpaksa dibatalkan

Advertisements
Advertisements

Hasrat pempengaruh dan usahawan, Jofliam untuk bercuti ke Koh Lipe, Thailand bersama isteri dan dua anaknya, Han dan Yuki tidak kesampaian kerana perlu mematuhi perintah yang dikeluarkan mahkamah. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Jofliam mendakwa dia tidak mengetahui mengenai perintah tersebut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh pihak bekas isterinya, Cik Epal.

“Saya baru tahu surat bertarikh 21 Januari telah dikeluarkan untuk pihak imigresen bagi menghalang terus saya membawa anak-anak ke luar negara. Betul-betul tak fikir punya tindakan. Sejak 21 Januari, kalau saya tak cuba (hubungi Cik Epal), saya tak pernah tahu fasal surat ini. Tak apalah, tak rezeki. Saya akan ‘fight’ habis-habisan untuk hak jagaan nanti. (Bercuti) dalam Malaysia pun okay apa.”

Dalam pada itu, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar turut memuat naik tangkap layar memaparkan kos yang terpaksa ditanggung. Selain itu, Jofliam berkongsi video memaparkan anaknya, Han yang cuba menghubungi Cik Epal namun panggilan tersebut tidak berjawab. “Duit hotel dua hari di Koh Lipe (RM3,368.80) ‘burned’. Hotel di Langkawi pula dah penuh. Nak duduk mana ini?” Dalam pada itu, Jofliam turut berkongsi video memaparkan anaknya, Han yang cuba menghubungi Cik Epal namun tidak berjawab.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *