Muat naik video nak berkhemah tepi gunung berapi selama 24 jam, ramai yang risau dengan Isa Isarb

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh YouTube terkenal, Isa Isarb menjadi perhatian apabila berkongsi konten terbaharunya yang agak ‘gila’ ketika berada di Bromo, Indonesia. Menerusi perkongsian di TikTok, Isa yang bersama dua lagi rakannya dilihat mendirikan khemah di tepi gunung berapi yang masih aktif. Ujarnya, dia mahu mencuba untuk bermalam di situ bersama dua rakannya selama 24 jam. “Tak pernah lagi kan tengok orang ‘camping’ kat sini? Kami sekarang berada di tepi gunung berapi dan kami akan cuba berada di sini sampai mana yang kami boleh. Klik sini untuk lihat video.

Mungkin tak sampai 24 jam sebab iyalah mereka (pihak berkuasa) mesti tak izinkan.” Ujarnya, jika berjaya melakukan cabaran tersebut, mereka bakal menjadi individu pertama yang bermalam di sana selama 24 jam. “Setiap hari, beribu orang naik ke atas gunung ini tetapi tiada seorang pun yang berani nak berkhemah di sini. Jadi, kita nak cuba. Andai kata tak berjaya, kita pergi ke gunung lain yang boleh nampak gunung berapi ini. Jadi, doakan.”

Walau bagaimanapun, perkongsian Isa itu telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan warganet yang risau akan keselamatan Isa dan dua rakannya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *