Ekoran isu pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang, usahawan Vivy Yusof difahamkan berkeputusan menutup kedai fizikal milik perniagannya, dUCk Scarves. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang difahamkan peminat tegar dUCk Scarves melawat kedai fizikal yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur sebelum tutup sepenuhnya pada Mei ini. Klik sini untuk lihat video.

“Melawat hari-hari terakhir The dUCk Scarves. Lepas ini tak tahu nak hunting tudung apa pula.” Difahamkan, kedai fizikal milik usahawan berusia 37 tahun itu kebanyakan ditutup sepenuhnya di beberapa lokasi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna dUCk Scarves meluahkan rasa kecewa dengan penutupan bisnes tudung yang diminati ramai. Selain itu, pembeli akui harga agak mahal namun, kualiti yang memberangsangkan membuatkan Vivy memiliki peminat tersendiri sehingga hari ini.




Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang. Susulan daripada kes tersebut, Vivy difahamkan memilih untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih tertutup tanpa berkongsi sebarang kisah peribadi dengan terperinci.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.