Isteri selamat melahirkan cahaya mata lelaki, Fizo Omar baru tahu jantina anak dalam bilik bersalin

Advertisements
Advertisements

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar selamat malahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada petang Selesa.  Bayi lelaki seberat 3.52 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.19 petang.  Meluahkan rasa syukur, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 40, memberitahu isterinya iaitu Fazeera Nazri Azrai tidak pernah berkongsi jantina anak mereka itu sejak awal kehamilan. 

“Hari bayi dilahirkan semalam (Rabu) juga menjadi gender reveal buat kami sekeluarga. Sebenarnya isteri rahsiakan jantina anak sebab dia mahu beri kejutan.   Setiap kali pemeriksaan ketika hamil saya tidak akan lihat jantina. Malah barang-barang bayi yang baru beli pun dia akan sorokkan.  Bagaimanpun saya sudah boleh agak. Maklumlah sebelum ini ada tiga anak perempuan. Apabila dia beriya nak buat kejutan saya sudah boleh rasa kali ini lelaki,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Bercakap lanjut, kata Fizo ia bagaikan sebuah penantian sebagai seorang yang bapa yang mahu anak lelaki dalam keluarga.  Teruja menyambut kelahiran bayi, dia juga diberi peluang untuk membantu ketika proses isteri bersalin. “Bukan sahaja dapat peluang sambut baby, tetapi saya rasa sendiri proses menarik bayi keluar. Kemudian saya yang bersihkan sendiri bayi. Semua proses ketika bersalin itu saya dapat rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna,” ujarnya. 

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Mereka memiliki dua roang cahaya mata bersama iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun. Fizo juga memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Mariam, 8, hasil perkahwinan terdahulu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.