Isteri kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9.40 pagi bagi prosiding kes perpisahan yang difailkan terhadap suami. Mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka, Khalizah, 37, hadir bersama peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Sebutan tuntutan dan permohonan perpisahan pasangan itu dijadualkan berlangsung jam 9 pagi di hadapan hakim syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin. Walau bagaimanapun, kelibat aktor berusia 31 tahun itu tidak kelihatan sehingga jam 10 pagi. Rumah tangga Fikry dan Khalizah didakwa mula goyah sejak Mei lalu apabila timbul khabar angin mendakwa hubungan mereka sudah mula dingin.
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam sebuah mahjlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kedah. Ini merupakan perkahwinan kedua untuk Khalizah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.