Susulan dakwaan liar di media sosial mengenai kononnya menggunakan jet peribadi untuk menunaikan haji, Nurul Izzah Anwar tampil menjelaskan keadaan sebenar yang jauh menyimpang daripada tuduhan tersebut. Menerusi satu kenyataan yang ditulis di media sosial, beliau menegaskan segala urusan ibadah hajinya bersama suami adalah menggunakan visa mujamalah dan dibiayai sendiri.
“Syukur Alhamdulillah, saya dan suami xberpeluang menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT, melalui visa mujamalah. Urusan logistik, termasuk tempat tinggal dan pengangkutan, diatur oleh agensi pelancongan berlesen, Mimm Travel. Menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri,” jelasnya.

Beliau turut menyangkal fitnah kononnya menaiki jet peribadi dan menjalani haji secara istimewa berbanding jemaah lain. “Tiada jet peribadi seperti yang difitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah Haji yang lain,” tambahnya lagi. Walaupun ditohmah dengan pelbagai fitnah berkaitan ibadah yang dilakukan, Nurul Izzah tetap menzahirkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta.
“Paling bermakna, dapat melaksanakan ibadah Haji bersama suami, khususnya di Arafah, tempat di mana Allah SWT menurunkan ayat ke-3, Surah al-Maidah yang memberitahu bahawa Allah SWT telah menyempurnakan agama kita. Dalam kita berbeza pandangan dan bertarung dalam medan politik di dunia, janganlah sehingga ibadah dijadikan sebagai bahan tohmahan dan fitnah,” katanya lagi.
Beliau telah menutup kenyataan dengan harapan agar lebih ramai umat Islam diberi peluang menunaikan haji dalam keadaan yang dimudahkan serta dijauhkan daripada fitnah. Nurul Izzah yang berlepas ke Tanah Suci bagi melaksanakan rukum Islam ke-5 telah berangkat ke sana usai pemilihan jawatan bagi parti PKR berlangsung. Beliau yang berjaya mengenepikan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam pemilihan tersebut kini berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR bagi sesi 2025 hingga 2028.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.