Kehidupan makin tenang lepah berhijab, Ozlynn luah rasa syukur rezeki mencurah curah

Advertisements
Advertisements

PELAKON Ozlynn berkata kehidupannya kini semakin tenang selepas membuat keputusan mengenakan hijab selepas pulang menunaikan ibadah haji tahun lalu. Masih menyesuaikan diri dengan imej baharu itu, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur kerana penghijrahannya itu dipermudahkan. “Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.

Mula-mula dulu memang rasa susah sikit untuk mengayakan sebab saya sejenis yang suka bersukan tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan tenang dengan imej baru ni,” katanya. Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu tidak menyangka menerima banyak tawaran berlakon selepas mengenakan hijab. “Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan,”ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.