Tak boleh keluar rumah tanpa suami, Madammu tampil kongsikan sisi peribadi suami

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madammu tampil berkongsi sisi peribadi suami tercinta, TP, yang disifatkan seorang individu tegas dan sangat menjaga pergerakannya. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri mendedahkan bahawa dia tidak bebas keluar rumah sesuka hati tanpa kehadiran suaminya kecuali untuk urusan penting seperti ke pejabat atau menghantar anak ke sekolah.

“Korang ingat saya boleh keluar kalau dia (TP, suami) tak ada? Masa dia ada je saya boleh keluar. Kalau keluar pun pergi pejabat atau hantar anak sekolah, itu je. Kalau dia pergi Thailand atau konvoi motosikal selama dua minggu, saya tak keluar. Duduk rumah je. Dengan nada seloroh, Madammu berkata pada awal perkahwinan dia menjangkakan si suami akan mendengar kata-katanya namun sebaliknya yang berlaku.

“Tak boleh keluar, TP tu control. Dulu saya ingat bila kahwin dengan dia, boleh lah dia dengar cakap saya tapi ni terbalik.” Madammu mengimbas kenangan awal perkahwinan apabila dia dan rakannya terpaksa bungkus semula makanan yang sudah dihidang selepas suaminya itu meminta mereka pulang dan makan di rumah. “Masa awal-awal kami berniaga dulu dengan Cik Yah (kawan), saya dengan Cik Yah pergi hantar barang dekat pos di Melawati. Kemudian kami berdua nak makan nasi ayam, dah order dan dah duduk pun dekat meja. 

Tiba-tiba TP telefon beritahu tak payah makan dekat situ sebab ramai orang. Balik dan makan di rumah je. Saya dengan Cik Yah masa tu bungkus makanan yang dah dekat depan muka tu. Bawa balik, makan dekat rumah “Menjengah ke ruangan komen, netizen berkata mungkin penampilan Madammu yang cantik membuatkan TP sangat menjaga dan melindungi isterinya.

“Lawa sangat Madammu, TP cemburu.” “Nampak sangat Madammu isteri yang taat pada suami.” “TP risau sebab isteri dia lawa.” “Takut Madam kena culik, cantik” “Risau bini kena ngorat.” “Memang tanggungjawab suami sebagai pelindung. Apatah lagi isterinya cantik jelita. “Bini lawa, siapa tak sayang bini.” Sekadar info, pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 yang juga seorang duda anak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.