Dari kecik simpan cita cita nak jadi pendidik, tak sangka rupanya salah seorang yang terlibat merupakan Hafizah al Quran

Salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bernama Nurly Shahirah Azman, 23, yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi adalah hafizah al-Quran. Berkongsi mengenai adik bongsunya itu, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata Nurly Shahirah sering mengamalkan bacaan kitab suci al-Quran setiap malam sejak… Continue reading Dari kecik simpan cita cita nak jadi pendidik, tak sangka rupanya salah seorang yang terlibat merupakan Hafizah al Quran

Individu ini terjaga dari tidur sebab keadaan bas bergerak kiri kanan, saksi dedah nampak jelas pemandu cuba potong lori

SEMUA penumpang yang menaiki bas persiaran untuk pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sudah tertidur ketika kenderaan itu terlibat kejadian tak diingini sekitar pukul 1 pagi Isnin. Salah seorang mangsa yang terselamat bagaimanapun berkata dia terjaga daripada tidur disebabkan keadaan bas yang bergerak ke kiri dan kanan dipercayai bagi memintas kenderaan lain. “Waktu tu semua (penumpang) sudah… Continue reading Individu ini terjaga dari tidur sebab keadaan bas bergerak kiri kanan, saksi dedah nampak jelas pemandu cuba potong lori

Published
Categorized as Viral Tagged ,

Dah dijemput hadir majlis akikah anak Nabila Razali, tapi ada pulak yang merungut dengan keadaan majlis tu

Individu berang apabila terdapat segelintir tetamu yang menghadiri majlis Akikah dan Kesyukuran anak sulung penyanyi Nabila Razali dilihat tidak bersyukur. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang dikenali sebagai Nadzrah berkongsi beberapa aduan daripada tetamu yang hadir. Difahamkan, tetamu merungut kerana keadaan majlis Akikah yang dibuat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan itu tidak mencapai ekspektasi.… Continue reading Dah dijemput hadir majlis akikah anak Nabila Razali, tapi ada pulak yang merungut dengan keadaan majlis tu

Ameera Khan dedah dirinya bukan keturunan melayu, tapi fasih berbahasa melayu sebab membesar di Malaysia

Personaliti media sosial, Ameera Khan menjelaskan bahawa dirinya bukan berketurunan Melayu, namun masih fasih berbahasa Melayu kerana membesar di Malaysia.Menerusi satu rakaman sesi siaran langsung yang tular, Ameera memaklumkan walaupun ibunya berdarah Arab dan bapanya pula berasal dari keturunan Pakistan, dia tetap menghormati budaya tempatan dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Malah, turut… Continue reading Ameera Khan dedah dirinya bukan keturunan melayu, tapi fasih berbahasa melayu sebab membesar di Malaysia

Pertama kali buat korban dalam hutan, lembu keluarga Dynas Mokhtar lari pukul 3 pagi

“Pukul 3 pagi orang surau sedar lembu yang keluarga saya ingin korbankan hilang. Mereka cari dan jumpa di dalam hutan. Ini pertama kali mereka melakukan korban di dalam hutan kerana ingin mengelakkan kesukaran menarik lembu berkenaan untuk kembali ke surau,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Dalam pada itu, Dynas meluahkan rasa syukur apabila akhirnya ibadah korban… Continue reading Pertama kali buat korban dalam hutan, lembu keluarga Dynas Mokhtar lari pukul 3 pagi

Dituduh pergi Haji dengan jet peribadi, Nurul Izzah tampil jelaskan keadaan sebenar

Susulan dakwaan liar di media sosial mengenai kononnya menggunakan jet peribadi untuk menunaikan haji, Nurul Izzah Anwar tampil menjelaskan keadaan sebenar yang jauh menyimpang daripada tuduhan tersebut. Menerusi satu kenyataan yang ditulis di media sosial, beliau menegaskan segala urusan ibadah hajinya bersama suami adalah menggunakan visa mujamalah dan dibiayai sendiri. “Syukur Alhamdulillah, saya dan suami… Continue reading Dituduh pergi Haji dengan jet peribadi, Nurul Izzah tampil jelaskan keadaan sebenar

Abby Abadi cari pengasuh untuk anak, tapi ada pulak yang nak pinjam RM15k sebelum mula kerja

Pelakon, Abby Abadi memilih untuk tidak meminjamkan wang kepada orang yang tidak dikenali selepas mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan sebelum ini. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memuat naik satu hantaran berkaitan ragam pengasuh yang mahu bekerja menjaga anaknya. Menurut bekas isteri kepada pelakon dan usahawan, Norman Hakim itu, pengasuh berkenaan mendakwa sedang melalui fasa kehidupan yang… Continue reading Abby Abadi cari pengasuh untuk anak, tapi ada pulak yang nak pinjam RM15k sebelum mula kerja

Walaupun berlainan agama, Elizabeth Tan luah rasa sebak ada individu yang mendoakan zuriat untuknya pada Hari Arafah

Umumnya kita tahu bahawa doa adalah satu bentuk kasih sayang yang paling ikhlas, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seseorang yang tidak kita kenali. Menerusi perkongsian yang tular di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @akem.idham menceritakan pengalaman menyentuh hati ketika berbuka puasa dan menunaikan solat di Masjid Putrajaya. Menurutnya, apa yang berlaku selepas solat membuatkan… Continue reading Walaupun berlainan agama, Elizabeth Tan luah rasa sebak ada individu yang mendoakan zuriat untuknya pada Hari Arafah

Bersalinkan 5 orang anak tanpa sebarang jahitan, Datin Shahida kongsikan tips bersalin tanpa jahitan

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida berkongsi tips melahirkan anak tanpa sebarang jahitan kepada para wanita di luar sana mengikut pengalamannya. Menerusi perkongsian di TikTok, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata dia mengamalkan minyak kelapa dara selepas kandungannya mencecah 34 minggu. Tidak hanya minum, Shahida turut berkata minyak kelapa dara itu perlu disapu pada bahagian perut… Continue reading Bersalinkan 5 orang anak tanpa sebarang jahitan, Datin Shahida kongsikan tips bersalin tanpa jahitan

Syukur sebab ramai ahli keluarga yang bantu, Abby Abadi akui tak mudah membesarkan anak tanpa figura ayah

Pelakon Abby Abadi akui tidak mudah membesarkan anak-anak tanpa figura seorang ayah namun, bersyukur atas bantuan daripada keluarga terdekat. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok,  Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkongsi cabaran yang dihadapi apabila gagal mempertahankan rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim. Tambahnya, dengan kehadiran arwah ibu sedikit sebanyak membantu dirinya untuk terus… Continue reading Syukur sebab ramai ahli keluarga yang bantu, Abby Abadi akui tak mudah membesarkan anak tanpa figura ayah